Penilaian Kesihatan Mental PERCUMA

Dengan Penilaian Kesihatan Mental Naluri, anda akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang kesihatan mental anda, diikuti dengan sumber percuma untuk membawa anda ke arah kesejahteraan keseluruhan yang lebih baik.

questions BM

Apa itu Penilaian Kesihatan Mental Naluri?

Penilaian Kesihatan Mental Naluri adalah penilaian kendiri mudah yang akan memperkasakan anda untuk lebih memahami dan meningkatkan kesihatan mental anda dengan mengukur gejala kemurungan, kebimbangan, tekanan dan lesu upaya. Naluri menggunakan Ujian Saringan Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS-21) dan juga Alat Penilaian Lesu Upaya (BAT-12) untuk mentadbir penilaian tersebut.

DASS-21 ialah soal selidik terpiawai yang terdiri daripada 21 item yang akan membantu anda mengukur gejala kemurungan, kebimbangan dan tekanan. BAT-12 terdiri daripada 12 item yang membolehkan anda menilai gejala lesu upaya. Alat ini bukanlah untuk diagnosis. Anda akan ditanya beberapa soalan demografi yang mungkin membolehkan Naluri memahami faktor dalam kehidupan anda yang mungkin menjejaskan kesihatan mental anda.

Anda akan diberikan sumber percuma pada akhir penilaian, tetapi anda juga digalakkan untuk berkongsi keputusan anda dengan profesional kesihatan mental bagi pemahaman yang lebih baik.

Kesihatan mental yang lebih baik bermula di sini.

Penilaian Kesihatan Mental Naluri Percuma:

free icon

Boleh dilakukan oleh sesiapa dan di mana-mana sahaja

icons8-clock-512

Mengambil masa kurang daripada 10 minit

icons8-lock-100

Peribadi, selamat dan tanpa nama

icons8-clipboard-90 (1)

Memberi anda keputusan dan sumber dengan segera

Periksa keadaan orang lain.

Beritahu ahli keluarga, rakan, rakan sekerja atau seluruh syarikat anda bahawa anda mengambil berat tentang mereka. Jemput mereka untuk mengambil penilaian supaya mereka juga boleh menuju ke arah kesihatan mental yang lebih baik.

Kongsi dengan orang yang anda sayangi

Google Search Ads

Beri impak di Asia Tenggara.

Jadi sebahagian daripada set data kesihatan mental terbesar di rantau ini.

Soalan? Kami ada jawapan.

Apa itu Penilaian Kesihatan Mental Naluri?

The Naluri Mental Health Assessment is a simple self-evaluation that utilises the Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS-21) as well as the Burnout Assessment Tool (BAT-12). The assessment also includes additional questions about yourself that can help Naluri understand the factors in your life that may be affecting your mental health. Penilaian Kesihatan Mental Naluri adalah penilaian kendiri mudah yang menggunakan Ujian Saringan Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS-21) dan juga Alat Penilaian Lesu Upaya (BAT-12). Penilaian juga merangkumi soalan tambahan tentang diri anda yang dapat membantu Naluri memahami faktor dalam kehidupan anda yang mungkin menjejaskan kesihatan mental anda.

 

Apa itu DASS-21 dan BAT-12?

DASS-21 adalah soal selidik terpiawai yang terdiri daripada 21 item yang mengukur dimensi psikologi kemurungan, kebimbangan, dan tekanan secara berasingan, dan memberikan pandangan tentang distres psikologi umum. BAT-12 terdiri daripada 12 item yang membolehkan anda menilai gejala lesu upaya. Alat ini tidak mengukur penyebab atau akibat lesu upaya.

Sila ambil perhatian bahawa keputusan daripada DASS-21 dan BAT-12 tidak membentuk diagnosis klinikal atau menggantikan penilaian rasmi oleh profesional kesihatan atau doktor perubatan.

Bolehkah saya menggunakan penilaian untuk mendiagnosis sebarang keadaan kesihatan mental?

DASS-21 dan BAT-12 adalah alat penyaringan dan bukan alat diagnostik. Dalam kata lain, skor tinggi dalam ujian ini adalah penunjuk bahawa anda berkemungkinan besar mengalami kualiti kehidupan yang rendah dan gangguan emosi. Namun begitu, ujian ini tidak menyediakan diagnosis gangguan kesihatan mental atau membantu mengenal pasti punca yang mendasari keadaan emosi ini.

Apa yang saya boleh jangka daripada penilaian ini? Apa yang perlu saya buat dengan keputusan saya?

Penilaian kesihatan mental dapat membantu anda menilai keadaan minda anda dan mengenal pasti faktor risiko yang mungkin memerlukan perhatian. Selepas menjawab soalan, anda akan diberikan perincian keputusan anda yang sepadan dengan tahap kemurungan, kebimbangan, tekanan dan lesu upaya anda. 

Anda juga akan menerima sumber berbeza yang anda boleh gunakan, terdiri daripada sumber bantuan kendiri kepada penjagaan satu dengan satu, semua direka untuk membantu anda memahami gejala anda dan meningkatkan kesihatan mental anda.

Gunakan keputusan anda sebagai asas untuk meneliti pilihan sokongan anda. Anda digalakkan untuk berbincang keputusan anda dengan profesional kesihatan perubatan atau mental tetapi semuanya bergantung kepada anda untuk melakukannya.

 

 

Adakah penilaian tersebut selamat dan terkawal? Adakah penilaian tersebut mempunyai sebarang risiko atau kesan sampingan?

Terdapat risiko minimum yang berkaitan dengan pengambilan penilaian tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, anda boleh keluar daripada penilaian pada bila-bila masa tanpa berhadapan sebarang akibat. Respons anda dalam penilaian tidak akan direkodkan jika anda keluar daripada penilaian tanpa mengklik butang serah.

Maklumat yang anda berikan akan dirahsiakan dalam pelayan selamat Naluri. Tiada maklumat pengecaman peribadi akan diambil, dan semua respons yang dikumpul akan dirahsiakan kepada Naluri Hidup dan badan pentadbir yang berkaitan. Hanya data agregat pada tahap populasi akan dikongsi sebagai keputusan kajian penyelidikan.

Ini bermaksud respons anda dalam penilaian tidak akan dapat dijejaki semula kepada anda. Namun, jika anda memutuskan untuk mendaftar bagi program kesihatan digital Naluri, keputusan anda akan dikongsi dengan jurulatih Naluri untuk membantu mereka menghasilkan program bimbingan kesihatan yang diperibadikan hanya untuk anda.

 

How often should I take the assessment? Berapa kerap saya perlu mengambil penilaian?

Penilaian Kesihatan Mental adalah penilaian kendiri yang anda boleh ambil pada bila-bila masa. Naluri mencadangkan semakan berkala untuk membantu menjejaki perubahan emosi dari semasa ke semasa. Keputusan berbeza dari semasa ke semasa adalah perkara biasa; ini bukan penunjuk bahawa penilaian tersebut tidak tepat.


Naluri Color

Naluri adalah penyedia penjagaan digital yang menggabungkan kemahiran profesional jurulatih kesihatan dan kesejahteraan dengan intervensi terapeutik yang disahkan secara klinikal melalui aplikasi Naluri untuk membantu anda mencapai matlamat kesihatan anda dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan anda.

Sama ada matlamat anda adalah untuk memulihkan kesihatan fizikal anda, mengurus keadaan kesihatan kronik seperti diabetes atau penyakit jantung, menjaga kesihatan mental anda dengan lebih baik, meningkatkan prestasi anda di tempat kerja, atau meningkatkan pengurusan kewangan anda, Naluri ada sesuatu untuk anda.

Soalan atau berminat untuk memasukkan Naluri ke organisasi anda? Sila e-mel kami di hello@naluri.life atau lawati tapak web kami untuk maklumat lanjut di naluri.life