Periksa kesihatan mental anda secara PERCUMA
Ketahui apakah faktor risiko anda untuk kegelisahan, kemurungan dan tekanan dengan penilaian kesihatan mental Naluri.
Apa itu Penilaian Kesihatan Mental Naluri?
Naluri menggunakan Skala Kemurungan, Kegelisahan dan Tekanan (DASS-21) untuk menjalankan Penilaian Kesihatan Mental.
DASS-21 adalah penilaian piawai ringkas yang terdiri daripada 21 perkara yang akan membantu anda menentukan faktor risiko anda bagi kemurungan, kegelisahan, dan tekanan. Walaupun penilaian adalah petunjuk faktor risiko, ianya tidak bertujuan untuk mendiagnosis apa-apa keadaan.
Anda digalakkan untuk berkongsi keputusan DASS-21 anda dengan profesional kesihatan mental untuk pemahaman yang lebih baik.
Menjadi sebahagian daripada set data kesihatan mental terbesar di Asia Tenggara
Ketahui lebih lanjut mengapa anda perlu menyertai gerakan ini.
Penilaian Kesihatan Mental Naluri
Percuma untuk semua
Peribadi dan sulit
Hanya 5 minit
Keputusan segera
Bersedia menjadi anda yang lebih sihat?
Nilai kesihatan mental anda untuk mula.
Soalan Lazim
Apa itu Penilaian Kesihatan Mental Naluri?
Naluri menggunakan Skala Depresi, Kecemasan dan Tekanan (DASS-21) dalam Penilaian Kesihatan Mental.
Apa itu DASS-21?
DASS-21 adalah ujian kendiri yang digunakan untuk menilai tahap kemurungan, kegelisahan dan tekanan anda.
Di akhir penilaian, anda akan mendapat penilaian tahap risiko samada Rendah, Sederhana atau Tinggi untuk setiap 3 jenis keadaan emosi negatif tersebut.
Adakah DASS-21 digunakan untuk mendiagnosis keadaan kesihatan mental saya?
DASS-21 adalah kaedah penyaringan dan bukan kaedah diagnostik. Dengan kata lain, skor tinggi dalam ujian ini adalah petunjuk bahawa kemungkinan besar anda mengalami kualiti hidup yang kurang baik dan gangguan emosi. Walau bagaimanapun, ujian ini tidak memberikan diagnosis gangguan kesihatan mental dan juga tidak membantu untuk anda mengetahui punca keadaan emosi negatif anda.
Mengapakah saya perlu melakukan penilaian kesihatan mental?
Penilaian kesihatan mental dapat membantu anda menilai keadaan minda anda dan mengenal pasti faktor risiko yang mungkin memerlukan perhatian.
Apa yang perlu saya lakukan dengan keputusan penilaian saya?
Gunakan keputusan penilaian anda sebagai asas untuk anda menilai jenis sokongan yang anda perlukan. Anda digalakkan untuk membincang tentang keputusan penilaian anda bersama pakar profesional perubatan atau pakar kesihatan mental. Bukanlah sesuatu yang wajib dan bergantung kepada diri anda untuk melakukannya.
Berapa kerap saya harus mengambil penilaian ini?
Penilaian Kesihatan Mental adalah pemeriksaan diri yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa. Naluri mengesyorkan lakukan penilaian secara berkala untuk membantu mengesan perubahan kesejahteraan emosi dari semasa ke semasa. Tidaklah sesuatu yang janggal sekiranya keputusan anda berubah dari semasa ke semasa. Ini bukanlah petunjuk bahawa penilaian anda tidak tepat.
Mengenai Naluri
Naluri adalah penyedia penjagaan digital – campur tangan terapeutik yang disahkan secara klinikal yang menyelaraskan matlamat kesihatan anda dengan sekumpulan alat transformasi digital dan seluruh pasukan pelatih profesional untuk membantu anda mencapai diri anda yang paling sihat dan terbaik.
Sama ada tujuannya adalah untuk menguruskan keadaan kesihatan kronik seperti diabetes, penyakit jantung, atau darah tinggi, menerima sokongan psikologi untuk barah, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anda secara keseluruhan, atau meningkatkan prestasi anda di tempat kerja, Naluri adalah pelatih sedia ada yang boleh dipercayai untuk anda.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hantar e-mel kepada kami di hello@naluri.life atau kunjungi laman web kami untuk maklumat lebih lanjut di naluri.life